Post ini terhasil dari flashback perbualan aku dengan bos aku a.k.a engineer atas aku, apabila aku terpandang seorang subjek bernama Arif (bukan nama sebenar).
A : engineer
B : aku
------------
A : Nanti awak sendiri jumpa Encik Arif, cakap kat dia macam mana yang kamu nak.
B : hmm...En Zaidi yang mana?
A : Alaaa...yang hensem 2...dalam ofis ne dia la yang paling hensem *tersenyum*
B : ..........
A : ish...tak kan tak kenal kot...bukan pompuan suka usha laki hensem ke...HA...HA....HA..*gelak cam........tak perlu describe...=.=*
B : .........dalam line ada gak yang hensem...tapi dalam ofis ni...macam tak de je..*muka seposen*
Y : HA..HA....HA...*geleng kepala*
-----------------------------------------
hand·some
1. having an attractive, well-proportioned, and imposing appearance suggestive of health and strength; good-looking: a handsome man; a handsome woman.
-----------------------------------------
Statement diatas oleh engineer itu antara statement yang membuatkan aku acapkali menyumpah di dalam hati.
Jadahnya nak describe seorang manusia sebagai "paling hensem dalam opis". Macamlah mamat tu berjalan merata-rata dengan sign kat dahi "Saya orang paling hensem dalam opis".
Seperti mana yang semua orang sebut, handsome dan cantik adalah sesuatu yang amat dan terlalu subjektif. Kalau bagi engineer itu subjek bernama Arif itu adalah hensem, tapi bagi aku subjek bernama Ali (watak rekaan semata-mata) adalah paling kacak,macho, dan mantop dalam ofis, tak menjadi gak cara dia describe mamat Arif tu. Ini kerana disebabkan di mata aku, Ali adalah yang paling hot.
Dengan mendescribe Arif adalah "yang paling hensem dalam ofis", tidak akan menjadikan aku tukar taste kepada si Arif kecuali engineer tu dengan rela nak tukar mata, otak, dan jantung dengan aku.
Mungkin akan menjadikan aku merasakan Arif adalah paling hensem,kacak,bergaya.Kan?
Setakat pengalaman aku yang dilahirkan sebagai seorang gadis selama 22 tahun, dan bergaul dengan pelbagai jenis gadis dan jejaka yang tidak kurang variety-nya, aku dapat simpulkan bagaimana seorang lelaki menafsir lelaki lain adalah hensem dan bagaimana pula seorang gadis menafsirkan seseorang jejaka itu adalah 'sedap'.
Ada golongan gadis yang berpendapat jejaka bermata sepet dan Asian look seperti gambar diatas adalah panas,sedap dan membawa kebanggaan untuk diheret ke mall atau ke mana-mana saja walaupun sebagai sepupu (adik tak kot). Tapi bagi jejaka pula mereka mungkin berfikir "Kejadah awek aku minat sangat mangkuk ni.Mata dah la sepet.Sekali gelak eksited langsung tak nampak mata dah."
Namun bagi segelintir lelaki, mereka merasakan mamat seperti di atas adalah hot dan menjadi pojaan kerana apa yang dimiliki oleh lelaki di atasa adalah payah untuk mereka capai. Tapi bagi gadis (ini fakta), kami tidak merasakan abang sasa di atas adalah supah-dupah hot kerana ketul-ketul di atas adakalanya berlebihan dan melampau sehingga menjadi turn-off bagi kami terhadap golongan lelaki di atas.
Kesimpulan : Keep it simple and clean. Badan sedang2 pon ok dah sebenarnya. Tak perlu nak kejar sangat ketul-ketul tuh.
Nasihat; nak boleh ambil, tak nak blah senyap :
Nak describe seorang manusia, sila beri detail seperti ketinggian,setail rambut,pakaian,wajah dan etc. Gambaran abstrak seperti "yang paling hensem" atau "yang paling cun" tidak boleh pergi. Sekian.
No comments:
Post a Comment